Thursday, October 21
Segera lapor kalau nampak geng plastik hitam! – Dr Zul Al-Bakri
Tempatan

Segera lapor kalau nampak geng plastik hitam! – Dr Zul Al-Bakri

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta kakitangan sebuah restoran makanan segera di Nilai melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Negeri jika ternampak 'geng plastik hitam'. Beliau membalas ciapan seorang kakitangan restoran tersebut, @nrslmaaaa yang menyapanya di Twitter kerana sudah lama tidak bertemu Zulkifli yang selalu membeli makanan di restoran itu. Zulkifli yang menghargai pertanyaan @nrslmaaaa memberitahu, beliau ketika ini agak sibuk dan mendoakan kesejahteraan warga kerja restoran berkenaan. Waalaikumussalam. Agak sibuk sekarang. Moga sihat semuanya warga KFC Nilai. Kalau nampak geng plastik hitam di situ, buat laporan ke Jabatan Agama Islam Negeri ya. https://t.co/0wj42HKwmY — Dr. Zulkifli Moh